peperonity.net
Welcome, guest. You are not logged in.
Log in or join for free!
 
Stay logged in
Forgot login details?

Login
Stay logged in

For free!
Get started!

Multimedia gallery


a bf
cakra-mahkota.peperonity.net

.::MUTIARA HIKMAH::.

TENTANG ARTI FALSAFAH KEHIDUPAN DIDUNIA

“Gunakan akal anda
seolah-olah nyawa anda
bergantung kepadanya”
~ Hamba Allah
“Ilmu dan kepandaian itu
adalah sahabat yang
setia dalam hidup sampai
kepada penghabisan
umur” ~ Hamba Allah
“Kebijaksanaan
menjanjikan kejayaan
dan kebahagiaan tetapi
jika disalahgunakan akan
mewujudkan
penderitaan.”
“Rahsia kejayaan hidup
adalah persediaan
manusia untuk
menyambut kesempatan
yang menjelma.”
“Anda tidak boleh
mencipta pengalaman.
Anda mesti
menghadapinya.” ~
Albert Camus
“Kekuatan tidak datang
dari kemampuan
fizikal,tetapi ianya
datang dari semangat
yang tidak pernah
mengalah.”
“Mengetahui perkara
yang betul tidak
memadai dan bermakna
jika tidak melakukan
perkara yang betul.”
“Kecemerlangan adalah
hasil daripada sikap yang
ingin sentiasa melakukan
yang terbaik.”
“Barangsiapa
mempertimbangkan
keselamatan dalam
tindakannya, maka
tenanglah batinnya.”
“Orang yang berjaya
dalam hidup adalah
orang yang nampak
tujuannya dengan jelas
dan menjurus kepadanya
tanpa menyimpang.” ~
Cecil B. DeMille
“Jangan biarkan perahu
hanyut tak berpenghuni
nanti hanyutnya tidak
singgah ke pelabuhan.”
“Ukuran yang paling
tinggi tentang adab
seseorang itu, ia wajib
menaruh perasaan malu
akan dirinya terlebih
dahulu.” ~ Aflatun
“Kesempatan yang kecil
seringkali merupakan
permulaan kepada usaha
yang besar.”
“Hidup memerlukan
pengorbanan.
pengorbanan
memerlukan perjuangan.
perjuangan memerlukan
ketabahan. ketabahan
memerlukan keyakinan.
keyakinan pula
menentukan kejayaan.
kejayaan pula akan
menentukan
kebahagiaan.”
“Rezeki.. ada di mana2,
datang tanpa diduga,
tepat pada masa, yg
penting, usaha &
tawakkal.”
“Perbezaan antara orang
yang berjaya dengan
orang yang gagal
terletak pada rohaninya.
apa yang dapat
difikirkan menentukan
apa yang akan dicapai.”
“Bukti yang paling jelas
tentang ketajaman akal
fikiran seseorang ialah
apabila ia dapat
mempernyatakan apa
yang ia mahu dengan
secara ringkas.”
“Berfikir secara rasional
tanpa dipengaruhi oleh
naluri atau emosi
merupakan satu cara
menyelesaikan masalah
yg paling berkesan.”
“Berfikir itu cahaya,
kelalaian itu kegelapan,
kejahilan itu kesesatan
dan manusia yang paling
hina ialah orang yang
menganiaya orang
bawahannya.”
“Pemimpin yang berjaya
ialah orang yang boleh
mengawal komunikasi
dengan orang yang lebih
atas daripadanya dan
boleh mengawal
komunikasi dengan
orang yang lebih bawah
daripadanya.”
“Sesungguhnya orang
yang berakal itu
menyembunyikan
rahsianya, dan orang
yang jahil membuka
keaibannya.”
“Jangan memandang ke
bawah (untuk
mengetahui kekuatan
tanah yang dipijak)
sebelum memulakan
langkah. Hanya mereka
yang menetapkan
pandangan mereka ke
arah horizon yang jauh
dihadapan sahaja yang
akan menemui jalan
sebenar.”
“Jangan mengukur
kebijaksanaan seseorang
hanya kerana
kepandaiannya berkata-
kata tetapi juga perlu
dinilai buah fikiran serta
tingkah lakunya.”
“Kecantikan yang abadi
terletak pada keelokkan
adab dan ketinggian ilmu
seseorang, bukan
terletak pada wajah dan
pakaiannya.”
“Akhlak yang buruk itu
ibarat tembikar yang
pecah. Tidak dapat
dilekatkan lagi dan tidak
dapat dikembalikan
menjadi tanah.” ~ Wahab
B. Munabin
“Bangsa penakut tidak
boleh merdeka dan tidak
berhak merdeka.
Ketakutan adalah
penasihat yang sangat
curang untuk
kemerdekaan.” ~ Andre
Colin
“Bangsa yang tidak
percaya kepada
kekuatan dirinya sebagai
sesuatu bangsa, tidak
dapat berdiri sebagai
suatu bangsa merdeka.”
~ Soekarno
“Semiskin-miskin orang
ialah orang yang
kekurangan adab dan
budi pekerti” ~ Hukama
“Ciri orang yang beradab
ialah dia sangat rajin dan
suka belajar, dia tidak
malu belajar daripada
orang yang
berkedudukan lebih
rendah darinya” ~
Confucius
“Jangan tanya apa yang
dibuat oleh negara
untukmu, tapi tanyalah
apa yang boleh kamu
buat untuk negara.” ~
Abraham Lincoln
“Agama tanpa ilmu
adalah buta. Ilmu tanpa
agama adalah lumpuh.” ~
Albert Einstein
“Jika kejahatan di balas
kejahatan, maka itu
adalah dendam. Jika
kebaikan dibalas
kebaikan itu adalah
perkara biasa. Jika
kebaikan dibalas
kejahatan, itu adalah
zalim. Tapi jika
kejahatan dibalas
kebaikan, itu adalah
mulia dan terpuji.” ~ La
Roche
“Manusia yang tidak
berharap untuk menang
telah sedia kalah.”
“Kita mesti pastikan hari
ini adalah milik kita
kerana kita belum pasti
adakah hari esok kita
masih diberi peluang.”
“Hidup tidak boleh
berpandukan perasaan
hati yg kadangkala boleh
menjahanamkan diri
sendiri. Perkara utama
harus kita fikirkan ialah
menerima sesuatu atau
membuat sesuatu dgn
baik berlandaskan
kenyataan.”


This page:




Help/FAQ | Terms | Imprint
Home People Pictures Videos Sites Blogs Chat
Top
.