peperonity.net
Welcome, guest. You are not logged in.
Log in or join for free!
 
Stay logged in
Forgot login details?

Login
Stay logged in

For free!
Get started!

Text page


cerita.teladan1.peperonity.net

AL-QUR'AN SEBAGAI PEMBELA

."Abu umamah r.a berkata :
Rasulullah S.A.W telah menganjurkan supaya kami semua mempelajari al-qur'an,setelah itu Rasulullah S.A.W memberi tahu tentang kelebihan al-qur'an

Telah bersabda Rasulullah S.A.W : berjalanlah kamu akan al-qur'an,diakhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya,yang mana dikala itu orang sangat memerlukannya

ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya."kenalkah kamu kepadaku?"maka orang yang pernah membaca akan menjawab :"siapakah kamu?"

maka berkata al-qur'an:"akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung,dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku diwaktu siang hari."

kemudian berkata orang yang pernah membaca al-qur'an itu : "adakah kamu al-qur'an?"lalu al-qur'an mengakui dan menuntun orang yang pernah membaca menghadap ALLAH S.W.T lalu orang itu diberi kerajaan ditangan kanan dan kekal ditangan kirinya,kemudian dia meletakkan mahkoua diatas kepalanya.

Pada kedua ayah dan ibunya pula yang muslim diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda,sehingga keduanya bertanya :."dari manakah kami memperoleh ini semua,padahal amal kami tidak sampai ini?"

lalu dijawab : kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari al-qur'an


This page:




Help/FAQ | Terms | Imprint
Home People Pictures Videos Sites Blogs Chat
Top
.