peperonity.net
Welcome, guest. You are not logged in.
Log in or join for free!
 
Stay logged in
Forgot login details?

Login
Stay logged in

For free!
Get started!

Text page


afghan child and soldier
elhakeem.peperonity.net

1 dari 3 Doa Rosulullah SAW yang ditolak Allah SWT

::<>::<>::[[]]::<>::<>::

®®::©©::[[]]::©©::®®

‘Amir bin Said dari bapaknya berkata bahwa : “Satu
hari Rasulullah S.A.W telah datang dari daerah
berbukit.

Apabila Rasulullah S.A.W sampai di
masjid Bani Mu’awiyah lalu beliau masuk ke
dalam masjid dan menunaikan solat dua rakaat.
Maka kami pun turut solat bersama dengan
Rasulullah S.A.W.

Kemudian Rasulullah S.A.W berdoa dengan doa
yang agak panjang kepada Allah S.W.T :

Setelah selesai beliau berdoa maka Rasulullah
S.A.W pun berpaling kepada kami lalu bersabda
yang bermaksud :

“Aku telah bermohon kepada
Allah S.W.T tiga perkara, dalam tiga perkara itu
cuma dia memperkenankan dua perkara saja dan
satu lagi ditolak.

.1.
Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T
supaya ia tidak membinasakan umatku dengan
musim susah yang berpanjangan.
Permohonanku ini diperkenankan oleh Allah
S.W.T.

.2.
Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T
supaya umatku ini jangan dibinasakan dengan
bencana tenggelam (seperti banjir besar yang
telah melanda umat Nabi Nuh s.a).
Permohonanku ini telah diperkenankan oleh Allah
S.W.T.

.3.
Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T
supaya umatku tidak dibinasakan kerana
pergaduhan sesama mereka (peperangan,
pergaduhan antara sesama Islam). Tetapi
permohonanku telah tidak diperkenankan (telah
ditolak).

Apa yang kita lihat hari ini ialah negara-negara
Islam sendiri bergaduh antara satu sama lain, hari
ini orang Islam bergaduh sesama sendiri, orang
kafir menepuk tangan
dari belakang, apakah ini
cantik kita melihatnya ?

®®::©©《》※《》©©::®®


This page:




Help/FAQ | Terms | Imprint
Home People Pictures Videos Sites Blogs Chat
Top
.