peperonity.net
Welcome, guest. You are not logged in.
Log in or join for free!
 
Stay logged in
Forgot login details?

Login
Stay logged in

For free!
Get started!

Text page


tony stark - Man Celebrities/Music Western
indah.hati.indahlah.kata.peperonity.net

Yang Tampan itu "Prince Charming" ?

Bismillahirrahmanirrahim....
Semoga apa yang tertulis dan apa yang dibaca diredhai Allah Ta'ala. Insya Allah. Amin.

Ada yang bertanya kepada saya, "Orang perempuan ni suka pilih lelaki yang kacak sajakah untuk menjadi teman hidupnya?"

Saya tersenyum. Dalam fikiran terbayang soalan saya sendiri yang pernah saya tanyakan kepada diri sendiri. Cuma ia terbalik sedikit. Saya selalu ingat yang orang lelaki hanya suka memilih wanita-wanita cantik di dalam hidup mereka. Maklumlah, sedap mata memandang hatipun terjaga senang, kan? Senyum lagi.

"Handsome is in the eye of the beholder."
Pepatah Inggeris ini menggambarkan kacak itu adalah abstrak.

Cantik atau kacak itu anugerah Allah. Bagi saya ia bukanlah pandangan mata, tetapi pandangan hati. Yang tampan macam Aaron Aziz atau Anuar Zain yang digilai ramai itu tidaklah menepati kehendak KACAK yang sesetengahnya menganggap 'Prince Charming'. Itu semua hanya sekilas mata memandang. Mungkin sudah tahu jantan atau betina tetapi masih belum kacak atau cantik yang sebenar-benarnya tau!

Bagi kebanyakan wanita (macam saya), kacak itu timbul setelah kita mengenali hati budi. Hati budilah yang membuatkan aura kacak itu bergelombang keluar ke wajah. Kacak bagi wanita ialah setelah hatinya jatuh sayang. Ketika itulah timbulnya kacak. Jika pada masa tersebut semua orang memandang lelaki itu seperti hero tamil tetapi tak mustahil bagi wanita tersebut dia adalah Cristiano Ronaldo Dos Santos Aveiro. (Siapa itu? Senyum. Entah! Saya pun tidak tahu siapa. Hentam saja.)

Jadi, para lelaki yang merasakan diri mereka tidak kacak, anda semua tidak seharusnya bimbang bagaimana kekacakkan anda sebab di mata seseorang yang menyayangi anda, anda adalah lelaki yang paling kacak. Yang paling perlu anda pastikan untuk orang yang anda minati atau sayangi adalah kebersihan diri dan hati. InsyaAllah, ia akan membuatkan anda menjadi budiman. Akhlak dirilah yang paling mencerminkan kebudiman dan kekacakkan seorang lelaki. Jagalah akhlak sebaiknya.

Sebenarnya, InsyaAllah wanita pun sama juga. Terdidik akhlaknya maka tersimpanlah kecantikannya yang tiada tara. Cantik pada wajah dan fizikal tubuh hanya pinjaman sementara. Ia hanya menguji iman manusia.

Wallahua'lam.

Tulus senyum dari saya
Jaga diri, ingat Allah selalu.



This page:




Help/FAQ | Terms | Imprint
Home People Pictures Videos Sites Blogs Chat
Top
.