peperonity.net
Welcome, guest. You are not logged in.
Log in or join for free!
 
Stay logged in
Forgot login details?

Login
Stay logged in

For free!
Get started!

Text page


indah.hati.indahlah.kata.peperonity.net

Matlamat Hidup

Pernah tak kita terfikir bahawa majoriti daripada kita tiada matlamat hidup …ibarat kapal ditengah lautan tanpa haluan ikut angin ke mana nak dibawa. AKU pernah menghadiri seminar motivasi, kami diberi masa 10 minit untuk menuliskan 5 matlamat hidup yang jelas …percaya tak hampir 80% tiada matlamat yang jelas dan ada yang langsung tak tulis apa-apa.

Wah wah bagaimana tu ya???? Tu la jadi nya negara kita ni …ramai sangat warganya yang tiada matlamat hidup yang di tentukan oleh segelintir manusia yang ada matlamat hidup. Kejayaan itu bermula dari diri sendiri dari rumah sendiri …

Cuba bayangkan kalau setiap dari kita ada matlamat hidup ..pasti lebih ramai individu yang berjaya dan hasilnya pasti terus pada masyarakat, bangsa dan negara.

Baru-baru ni AKU tengok program Oprah, salah seorang jemputannya mempraktiskan bertanya pada diri nya setiap pagi : What do I really really really want today? Dia akan menjawab kepada dirinya bersungguh-sungguh apa yang dia nak lakukan pada hari tersebut. Dia dah amalkan pertahun-tahun dan hasilnya memang HEBAT. Pernah tak kita tanya pada diri kita apa yang kita nak kan pada setiap hari atau hanya sekadar bangun dan terus hidup tanpa haluan kecuali membuat kerja-kerja yang diarahkan oleh Bos kita. Jadi kita bukan Bos pada diri kita …orang lain yang mengawal diri kita.

Kalau nak bagus lagi kita ikut cara Islam. Bangun pagi solat sunat fajar sebelum subuh mengucap syukur kita di hidupkan lagi, kemudian solat sunat isyrak 20 minit selepas habis waktu suboh memohon di beri Rahmat sebagaimana Allah menerangi alam ini dengan cahaya matahari setiap hari, kemudian solat sunah dhuha memohon kebaikan dan rezeki dan di tutup dengan solat witir menanda kesyukuran kerana telah di beri rahmat dan kehidupan sepanjang hari tersebut…. Islam dan menunjukkan jalan cuma AKU aje selalu lalai dengan kehidupan yang sementara ini …Yaa ALLAH maafkan aku



This page:




Help/FAQ | Terms | Imprint
Home People Pictures Videos Sites Blogs Chat
Top
.